Sunday, April 05, 2009

PEMBEDAHAN PINTASAN GRAFT ARTERI KORONARI (CABG)



APAKAH ITU PEMBEDAHAN PINTASAN GRAFT ARTERI KORONARI (CABG)?

Masyarakat sekarang telah dihantui dengan masalah kesihatan yang boleh menyebabkan kematian mengejut dan mungkin ramai orang di luar sana tertanya tentang apa dia serangan jantung, mengapa, bagaimana ia boleh berlaku? Di sini saya ingin berkongsi pengetahuan tentang Penyakit Jantung.

Apabila sesorang menghadapi penyakit jantung arteri koronari, terdapat pelbagai rawatan bergantung kepada keadaan kesumbatan tersebut.  CABG merupakan satu kaedah yang melibatkan pembedahan untuk memintas arteri yang tersumbat.  Doktor anda akan menentukan rawatan yang terbaik untuk anda.

Dalam pembedahan ini, urat darah (Vena) akan diambil daripada salah satu bahagian tubuh anda, selalunya di kaki dan digunakan untuk memintas bahagian arteri yang sempit atau tersumbat pada permukaan jantung.  Urat darah yang diambil itu akan dipotong kepada beberapa ukuran yang pendek.  Kemudian, satu pangkal daripada potongan urat darah tersebut akan disambung  kepada arteri utama jantung (Aorta) yang paling hampir dengan jantung.  Hujung urat darah berkenaan pula akan dijahit atas arteri koronari melepasi arteri yang sempit.

Pembedahan pemintasan bahagian yang sempit atau tersumbat tersebut dapat meningkatkan pengaliran darah ke jantung.  Bagi sesetengah pesakit, arteri yang terdapat di dalam dada boleh digunakan selain urat darah di kaki.

BAGAIMANAKAH PEMBEDAHAN CABG DAPAT MEMBANTU?

Pembedahan CABG dapat memperbaiki aliran darah dan membuatkan pesakit:

  • Mengalami sedikit atau tiada angina
  • Tidak banyak memerlukan ubat
  • Berupaya menjalani gaya hidup yang lebih aktif
  • Berkemungkinan hidup lebih lama

APAKAH YANG BERLAKU PADA HARI PEMBEDAHAN?

Kira-kira 1 jam sebelum pembedahan, anda akan diberi ubat yang membuatkan anda berasa hendak tidur dan kemudian anda akan dibawa ke bilik bedah.  Di sana anda akan diberi ubat bius yang akan membuatkan anda tidur sepanjang masa pembedahan. 

BERAPA LAMAKAH MASA PEMBEDAHAN TERSEBUT?

Pembedahan CABG selalunya mengambil masa di antara tiga hingga enam jam, bergantung kepada apa yang yang perlu dilakukan.  

APAKAH YANG BERLAKU KETIKA PEMBEDAHAN?

Pakar bedah akan membuat potongan memanjang di bahagian tengah dada melalui tulang dada untuk sampai ke jantung anda.  Kemudian pintasan yang berkenaan akan dibuat dengan urat darah yang telah dipilih.  Selalunya, terdapat satu atau lebih potongan pada kaki di mana urat darah diambil untuk pintasan.

APAKAH YANG BERLAKU SELEPAS PEMBEDAHAN?

Anda akan dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk dipulihkan.  Apabila anda sedar selepas kesan bius hilang, anda mungkin berasa keliru dengan keadaan sekeliling dan kebas, tetapi keadaan ini hanya seketika sehingga koordinasi tubuh dan fikiran anda menjadi lebih sekata/stabil.  Anda juga mungkin perlu tinggal di ICU selama 1 atau 2 hari pertama selepas pembedahan.  Anda juga akan diajar beberapa latihan pernafasan untuk membantu menguatkan paru-paru dan dada anda.

BERAPA LAMAKAH ANDA AKAN TINGGAL DI HOSPITAL?

Biasanya anda dikehendaki tinggal dihospital selama 5 hingga 7 hari selepas pembedahan CABG.

APABILA SEMUANYA SELESAI, APA YANG PERLU ANDA JAGA?

Tinggalkan tabiat buruk dan mulakan hidup secara sihat dengan kehidupan yang lebih gembira bersama keluarga anda.  Sayangi jantung anda.  Amalkan cara hidup yang sihat.

Jangan Merokok

Amalkan pemakanan yang sihat

Besenam

Membuat pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.

Friday, April 03, 2009

About Me


Hi... Welcome To Blog.. Salam Perkenalan Buat Bapak-bapak, Embak-embak yang ada di luar sana.. As usual, blog nie saya buat untuk kita sama-sama perkembangkan pengetahuan IT kita di samping mencari kawan-kawan yang baru mahu pun yang lama-lama and sama-sama berkongsi maklumat melalui Blog.. Okla.. About me not much interstingla, Im was Born at Small Village what they call Tenom, membesar d sana sampai umur 9 years and then my family berpindah ke tempat yang agak terpencil sikit iaitu di Kuala Penyu.. So after that saya teruskan my study at SRK St. Peter Bundu Kuala Penyu (Secondary School) and SM. St. Peter Bundu Kuala Penyu (Primary School until Form 3 Only)... Contiued at SM. Vokasional Keningau (Teknik Keningau- Jadi Budak Kimpalan dan Farbrikasi Logam)... best jugala kat Teknik Keningau coz there i learn how to be a good Boy... If anybody, your cousin, your friend or your son want to choose which Sekolah Teknik the best i suggest SM. TEKNIK KENINGAU because the school have born many best student in sabah.. ok thats all for SM. Teknik...

Everybody ofcouse mau belajar sampai ke menara gadingkan, so i contiued study in Politeknik Kota Kinabalu in Mechanical Engineering after gradued saya keja jadi Chakung di sebuah Workshop di iananm about a few month... malang tak berbau saya dapat kemalangan semasa bekerja di sana dan menyebabkan my right leg cut off by a Grinder Machine while im cutting a metal... hehheh ngeri juga time 2 takut2 tak dapat jalan dah... thanks God nasib tak dalam sangat cuma kena sticth about 21 suture... sekali my mum tahu kena suruh berhenti keja trus... i take rest kat umah d Kp a few month tiba2 dapat panggilan sp8 (Medical Assistant-nama lama Asistant Medical officer-nama baru).. datang ujian bertulis, one kick ja.. pas2 interview pula, poop.. dapat... SUKA CITA DI MAKLUMKAN BAHAWA ANDA BERJAYA DALAM TEMUDUGA SEBAGAI PELATIH PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN KUCHING SARAWAK INTAKE JANUARY 2004. Tahniah.

Wooo Gembira gila kamek.... hahaha, so my parents pun galakkan untuk mengikuti kursus 2 about 3 years... now i dah garadut... dah keja Kat Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu Sabah.. ermm sy pun tak tahu lagi apa mau cakap or tulis, mungkin sampai sini dulu la.. next time sy sambung lagi.. WacHAaa..